Sabtu, 16 April 2011

Ciri-ciri Dan Doktrin Munafik. (dipetik dari: alhakiki.tripod.com/hakiki028.html

Gerakan munafik bermula
di Madinah di bawah
pimpinan Abdullah bin
Ubai. Abdullah bin Ubai,
sebelum kedatangan
Rasulullah s.a.w ke
Madinah, merupakan
seorang yang sangat
berpengaruh di sana
sebagaimana kedudukan
Abu Sufyan di Makkah.
Selepas Perang Bu’as
tamat penduduk Madinah
(nama asalnya Yasrib)
sudah sepakat untuk
melantik Abdullah bin
Ubai sebagai raja di
Madinah, malah
mahkotanya pun sudah
siap dibuat. Masyarakat
Madinah bersetuju
melantik Abdullah bin
Ubai menjadi raja
menunjukkan dia memiliki
sifat-sifat yang
menyebabkan dia
dihormati dan dimuliakan.
Sebelum Nabi
Muhammad s.a.w
berhijrah ke Madinah,
kaum Yahudi sudah lama
bertapak di sana. Kaum
Yahudi dikenali sebagai
ahli Kitab, orang
beragama yang memiliki
peradaban yang mulia.
Kaum Yahudi juga
menguasai bidang
ekonomi dan mempunyai
kekuatan dalam bidang
ketenteraan. Kaum Yahudi
yang dikenali sebagai ahli
agama, ahli ilmu, ahli
ekonomi dan ahli
ketenteraan menyebabkan
mereka dipandang tinggi
oleh orang Arab Madinah.
Orang Arab Madinah
memandang kaum Yahudi
sebagai manusia yang
berjaya dan disegani.
Kedudukan kaum Yahudi
yang demikian
menyebabkan orang Arab
Madinah suka meniru
peradaban Yahudi tetapi
mereka tidak memeluk
agama Yahudi. Bagi orang
Arab agama Yahudi dilihat
sebagai khusus untuk
orang Yahudi sahaja.
Walaupun tidak menerima
agama Yahudi tetapi
banyak daripada nilai-nilai
moral Yahudi diterima
pakai oleh orang Arab
Madinah.
Golongan Arab Madinah
yang berilmu merupakan
orang yang paling banyak
menceduk peradaban
Yahudi dan meng-Arabkan
peradaban tersebut. Di
antara mereka adalah
Abdullah bin Ubai.
Kumpulan Abdullah bin
Ubai mempraktikkan nilai-
nilai moral yang lebih
tinggi daripada orang
Arab Madinah yang lain.
Oleh kerana itu mereka
dipandang tinggi dan
dihormati. Ketika Perang
Bu’as hampir berlaku di
antara dua puak terbesar
di Madinah, kumpulan
Abdullah bin Ubai
menentang suku-suku
mereka yang mahu
berperang itu. Bila
peperangan berlaku juga
Abdullah bin Ubai tidak
ikut serta dalam
peperangan tersebut.
Sikap berkecualinya itulah
yang menyebabkan dia
dicadangkan untuk
menjadi raja setelah
kedua-dua pihak yang
berperang itu berdamai.
Walaupun menimba dari
telaga Yahudi namun ahli
fikir Arab Madinah
mempertahankan ke-
Araban mereka. Sikap
yang demikian
menyebabkan terbentuk
aliran pemikiran yang
kabur. Ia bukan Yahudi
dan bukan juga Arab.
Mereka menganggap diri
mereka setaraf dengan
orang Yahudi yang
berilmu dan mereka lebih
mulia daripada umat Arab
yang jahil. Oleh kerana
apa yang terbentuk dalam
aliran pemikiran mereka
tidak jelas, maka tidak
ada satu bentuk
kepercayaan atau akidah
yang mereka pertahankan.
Mereka mempertahankan
satu perkara sahaja, iaitu
merekalah golongan Arab
yang paling pintar dan
apa sahaja yang datang
daripada orang Arab yang
lain tidak sama dengan
apa yang ada dengan
mereka. Apabila agama
Islam datang ke Madinah
dibawa oleh orang Arab
Makkah, kumpulan
Abdullah bin Ubai itu
sudah ada keputusan
sejak awal-awal lagi untuk
menolaknya. Mereka
menganggap apa yang
baharu datang itu lebih
rendah daripada apa yang
ada dengan mereka.
Mereka menjadi golongan
yang tidak
mempertahankan
sebarang kepercayaan dan
juga tidak ada satu
kepercayaan yang mereka
terima. Sebagaimana puak
Yahudi yang menganggap
semua bangsa di dunia
lebih rendah daripada
mereka, begitu juga
kumpulan Abdullah bin
Ubai yang meminum air
daripada telaga Yahudi
menganggap semua orang
Arab lebih rendah
daripada mereka. Mereka
memandang rendah apa
sahaja yang datang
daripada orang Arab yang
lain. Mereka adalah puak
yang sudah ada
keputusan untuk
mengunci mata, telinga
dan hati mereka daripada
segala agama yang datang
kepada mereka.
Arus perkembangan Islam
melanda Madinah dengan
deras dan menyeluruh.
Dalam masa kurang
daripada satu tahun
hampir keseluruhan
penduduk Madinah sudah
memeluk agama Islam.
Segala aktiviti berpusat
kepada Nabi Muhammad
s.a.w dan agama Islam.
Kumpulan Abdullah bin
Ubai yang memandang
diri mereka sebagai lebih
mulia itu tidak ada pilihan
melainkan ikut serta di
dalam rentak
perkembangan Madinah,
jika tidak mereka akan
tersisih. Penyertaan
mereka di dalam arus
tersebut juga bertujuan
mencari jalan merampas
semula kekuasaan di
Madinah sebagaimana
sebelum kedatangan
agama Islam dan Nabi
Muhammad s.a.w ke sana.
Mereka mahu orang-orang
Makkah meninggalkan
Madinah.
Oleh kerana mereka tidak
mempunyai satu bentuk
kepercayaan yang jelas
dan tidak ada satu agama
yang mereka pertahankan,
maka mereka boleh
bergerak cergas dalam
apa juga medan
kepercayaan atau agama.
Istilah dosa, pahala,
syurga, neraka, hari
kiamat, halal dan haram
tidak ada pada mereka.
Akhirat tidak ada dalam
pandangan mereka.
Apabila tidak ada agama
yang diperjuangkan dan
tidak ada kepercayaan
kepada perkara ghaib,
kumpulan tersebut
menyertai kegiatan agama
orang lain dalam keadaan
yang dipanggil munafik.
Mereka memakai baju
agama padahal mereka
tidak ikhlas berbuat
demikian dan tidak
merelakannya.
Munafik berbeza daripada
kafir. Orang kafir tidak
percaya kepada agama
Islam kerana mereka
mempunyai kepercayaan
sendiri dan mereka
pertahankan kepercayaan
tersebut. Penentangan
mereka terhadap Islam
adalah jelas. Orang
munafik pula di samping
tidak beriman kepada
agama Islam, mereka
tidak mendatangkan
kepercayaan yang menjadi
alternatif dan mereka
tidak menyebarkan
sebarang bentuk
kepercayaan. Oleh yang
demikian mereka boleh
menyertai kegiatan Islam
seolah-olah mereka
adalah orang Islam sejati
dan mereka boleh
menentang Islam seolah-
olah mereka adalah orang
kafir tulin. Mereka
menganggapkan Islam
sebagai baju yang boleh
dipakai dan ditanggalkan
menurut keadaan yang
membawa keuntungan
kepada mereka.
Al-Quran menceritakan
keadaan puak munafik:
Dan sebahagian daripada
manusia ada yang
berkata:“Kami telah
beriman kepada Allah dan
Hari Kemudian”. Padahal
mereka bukan orang-
orang yang beriman.
Mereka hendak
memperdayakan Allah dan
orang yang beriman,
padahal mereka tidak
perdayakan melainkan diri
mereka sendiri sedangkan
mereka tidak sedar. Di
hati mereka ada penyakit,
lalu Allah tambahkan
penyakit kepada mereka
dan adalah bagi mereka
seksaan yang pedih sebab
mereka telah berdusta.
Dan apabila dikatakan
kepada mereka:
“Janganlah kamu
membuat kerosakan di
bumi”, mereka menjawab:
“Kami tidak lain
melainkan orang yang
membuat kebaikan”.
Ketahuilah bahawa
mereka itu adalah orang
yang membuat kerosakan
tetapi mereka tidak sedar.
Dan apabila dikatakan
kepada mereka,
“Berimanlah sebagaimana
orang yang telah
beriman”. Mereka
berkata, “Apakah harus
kami beriman seperti
orang-orang bodoh itu
beriman?” Ketahuilah
mereka itulah orang-orang
yang bodoh tetapi mereka
tidak ketahui. Dan apabila
mereka bertemu dengan
orang yang beriman
mereka berkata,“Kami
telah beriman”. Apabila
bersendirian dengan
syaitan-syaitan mereka,
mereka berkata,“Kami
beserta kamu. Kami tidak
lain melainkan
memperolok-olokkan
(orang yang beriman)”.
( Ayat 8-14 : Surah al-
Baqarah )
Yang tuli, yang bisu, yang
buta. Lantaran itu mereka
tidak akan kembali.( Ayat
18 : Surah al-Baqarah )
Orang munafik sangat
berbeza daripada orang
kafir. Orang kafir dengan
tegas menyatakan tidak
beriman baik secara
terang atau pun secara
bersembunyi. Ancaman
azab neraka dan pujukan
nikmat syurga tidak
menarik orang kafir
kepada iman. Orang
munafik pula mengucap
dua Kalimah Syahadah
dengan lidah mereka dan
tidak keberatan menyertai
amalan ibadat bersama-
sama orang Islam yang
lain, tetapi ucapan dan
ibadat yang dilakukan itu
tidak berbekas pada hati
mereka. Mulut mereka
mengatakan beriman
kepada Allah s.w.t dan
hari akhirat tetapi hati
mereka kufur. Mereka
adalah orang yang Islam
pada zahir tetapi kafir
pada hati. Perbuatan zahir
mereka sesuai dengan
perbuatan orang yang
beriman kerana mereka
mahu menyembunyikan
apa yang ada dalam hati
mereka. Ada kepentingan
diri yang mereka mahu
jaga.
Puak munafik tidak
mengakui kenabian dan
kerasulan Nabi
Muhammad s.a.w. Bagi
mereka Nabi Muhammad
s.a.w hanyalah seorang
lelaki Arab yang sama
dengan lelaki Arab yang
lain, yang tergolong dalam
kalangan bangsa Arab
yang mereka pandang
lebih rendah daripada
mereka. Mereka menolak
kepimpinan Nabi
Muhammad s.a.w. Mereka
mahu agar baginda s.a.w
mengikuti kepimpinan
mereka. Mereka juga tidak
mempunyai perasaan
hormat kepada Nabi
Muhammad s.a.w. Oleh
kerana mereka
menganggapkan Nabi
Muhammad s.a.w, maka
mereka tidak menerima
kedudukan wahyu sebagai
Kalam Allah s.w.t. Mereka
menganggap wahyu
hanyalah perkataan Nabi
Muhammad s.a.w yang
sama dengan perkataan
orang lain yang boleh
dihujah dan ditolak. Puak
munafik, dengan
kerjasama kaum Yahudi,
sangat aktif di dalam
mempertikaikan wahyu
dan hadis Nabi
Muhammad s.a.w.
Tuhan memperingatkan
Rasulullah s.a.w supaya
berwaspada terhadap
puak munafik yang akan
mencuba untuk membawa
baginda s.a.w tunduk
kepada pemimpin mereka.
Baginda s.a.w
diperingatkan bahawa
puak munafik itu tidak
suka kepada baginda
s.a.w.
Wahai Nabi! Berbaktilah
kepada Allah dan jangan
engkau taat kepada kafir-
kafir dan munafik-
munafik, sesungguhnya
Allah adalah Mengetahui,
Bijaksana. ( Ayat 1 : Surah
al-Ahzaab )
Dan jangan engkau
tunduk kepada orang-
orang kafir dan orang-
orang munafik, dan
biarkanlah gangguan
mereka. Dan berserah
dirilah kepada Allah
kerana cukuplah Allah
sebagai Pengawal.( Ayat
48 : Surah al-Ahzaab )
Dan apabila dikatakan
kepada mereka,“Marilah
kepada apa yang
diturunkan oleh Allah
kepada Rasul-Nya”, kamu
melihat orang munafik
berpaling daripadamu
sungguh-sungguh.(ayat
61 : Surah an-Nisaa’ )
Dan dari kalangan mereka
ada yang menyakiti Nabi
dan mereka berkata,“Dia
itu
pendengar!” (Maksudnya
mengiyakan sahaja apa
yang orang lain kata).
Katakanlah:“Dia memang
pendengar kebaikan
kamu, dia beriman kepada
Allah dan dia percaya
kepada mereka yang
beriman, dan jadi rahmat
bagi orang yang beriman
di antara kamu”. Dan
mereka yang menyakiti
Rasul Allah bagi mereka
azab yang pedih.( Ayat
61 : Surah at-Taubah )
Sangat sukar menangani
puak munafik kerana
secara terangnya mereka
mengaku beriman
walaupun hati mereka
menolak. Mereka juga
sanggup bersumpah bagi
menegakkan benang
basah.
Mereka akan bersumpah
dengan Nama Allah
kepada kamu untuk
menyenangkan kamu,
padahal Allah dan Rasul-
Nya yang lebih patut
mereka sukakan jika
adalah mereka orang yang
beriman.( Ayat 62 : Surah
at-Taubah )
Oleh kerana puak
munafik hidup dalam
kepura-puraan mereka
sangat takut jika rahsia
mereka diketahui oleh
orang lain.
Amat takut orang munafik
itu bahawa akan
diturunkan atas mereka
suatu surah yang
mengkhabarkan kepada
mereka apa yang ada
dalam hati mereka.
Katakanlah:“Perolok-
olokkanlah! Sesungguhnya
Allah akan mengeluarkan
apa yang kamu takutkan
itu”. (Ayat 64 : Surah at-
Taubah )
Apabila tembelang
mereka pecah puak
munafik itu akan berdalih
secara selamba dan
mudah. Bila bertembung
dengan kebenaran yang
tidak dapat dielakkan
puak munafik tidak akan
mempertahankan
kesesatan dan
kebohongan yang mereka
telah lakukan.
Dan jika engkau tanyakan
kepada mereka tentu
mereka akan berkata,
“Kami ini hanya bergurau
senda dan bermain-main”.
Katakanlah: “Apakah
dengan Allah dan ayat-
ayat-Nya dan (dengan)
Rasul-Nya kamu hendak
berolok-olok?” ( Ayat 65 :
Surah at-Taubah )
Puak munafik
menyebarkan ajaran yang
menyalahi syariat Islam.
Apabila syariat
meletakkan peraturan
amal makruf dan
mencegah yang munkar,
puak munafik akan
menilai yang makruf
sebagai keuntungan
duniawi dan yang munkar
pula sebagai kerugiannya.
Mereka menganggap
zakat dan sedekah
sebagai bukan amal
makruf kerana ia
merugikan dari segi
keduniaan.
Laki-laki munafik dan
perempuan munafik yang
sebahagian mereka adalah
dari yang sebahagian,
mereka menyuruh yang
munkar dan melarang dari
yang makruf dan mereka
genggamkan tangan
mereka (bakhil). Mereka
telah melupakan Allah
dan Allah pun melupakan
mereka. Sesungguhnya
orang munafik itu adalah
orang yang fasik
(melewati batas).( Ayat
67 : Surah at-Taubah )
Puak munafik pandai
berdolak-dalih. Mereka
berani menggunakan
nama Allah bagi menutup
kesesatan dan kekufuran
mereka. Tuhan
memerintahkan Nabi s.a.w
agar berjihad memerangi
orang munafik kerana
mereka adalah orang yang
kufur.
Wahai Nabi! Berjihadlah
terhadap kaum kafir dan
munafik dan berlaku
keraslah terhadap mereka.
Tempat kembali mereka
adalah jahanam dan
itulah yang seburuk-buruk
kesudahan. Mereka akan
bersumpah dengan Nama
Allah bahawa mereka
tidak pernah berkata,
padahal mereka pernah
mengatakan kalimat kufur
dan mereka telah kafir
sesudah Islam dan mereka
sangat mengingini apa
yang tidak dapat mereka
capai. Dan tidaklah
kebencian mereka itu
melainkan kerana Allah
dan Rasul-Nya telah
memperkayakan orang
yang beriman dengan
kurnia-Nya. Tetapi jika
mereka bertaubat adalah
baik bagi mereka dan jika
mereka berpaling, Allah
akan azabkan mereka
dengan satu azab yang
pedih di dunia dan di
akhirat; dan tidak ada
bagi mereka pembantu di
bumi dan tidak ada
penolong.( Ayat 73 – 74 :
Surah at-Taubah )
Al-Quran memberi
peringatan tentang
ancaman puak munafik
terhadap keselamatan dan
kepercayaan orang yang
beriman. Tuhan
menamakan satu surah al-
Quran dengan nama surah
al-Munafiqun, bagi
menyedarkan kaum
Muslimin betapa
bahayanya kehadiran
puak munafik di dalam
masyarakat kaum
Muslimin. Tuhan
menggesa Nabi
Muhammad s.a.w dan
kaum Muslimin semua
zaman agar berwaspada
terhadap tipu daya dan
fitnah yang datang
daripada puak munafik.
Apabila orang munafik
datang kepada kamu
mereka akan berkata,
“Kami mengakui
bahawasanya kamu Rasul
Allah,” padahal Allah
mengetahui bahawasanya
engkau pesuruh-Nya dan
Allah menyaksikan
bahawasanya kaum
munafik itu adalah orang
yang berdusta. Mereka
jadikan sumpah-sumpah
mereka sebagai
perlindungan, lalu mereka
halangi manusia dari jalan
Allah. Sesungguhnya jelek
apa yang telah mereka
kerjakan. Yang demikian
(adalah) lantaran beriman
kemudian mereka kufur,
lalu dimetrai atas hati
mereka; oleh itu mereka
tidak dapat memahami.
( Ayat 1 – 3 : Surah al-
Munafiquun )
Dan apabila engkau lihat
mereka, menghairankan
kamu tubuh-tubuh
mereka; dan jika mereka
berkata-kata, engkau
dengarkan perkataan
mereka. Mereka seolah-
olah kayu yang
disandarkan. Tiap-tiap
teriakan mereka sangka
buat membahayakan
mereka. Mereka adalah
musuh; maka hendaklah
engkau awasi mereka.
Allah laknati mereka! Ke
manakah mereka
dipalingkan?( Ayat 4 :
Surah al-Munafiquun )
Tuhan memperingatkan
sungguh-sungguh kepada
Nabi s.a.w dan kaum
Muslimin sekaliannya
pada semua zaman,
supaya jangan
membiarkan racun yang
ditabur oleh golongan
munafik memusnahkan
umat. Sekali lagi Tuhan
memberi peringatan!
Wahai Nabi! Berjihadlah
menentang kaum kafir
dan munafik dan berlaku
keraslah terhadap mereka
dan tempat kembali
mereka itu adalah
jahanam, dan itulah
seburuk-buruk tempat
kembali.( Ayat 9 : Surah
at-Tahrim )
Tuhan memberi
peringatan kepada kaum
Muslimin, sekiranya
kegiatan puak munafik
yang mencampur adukkan
kesesatan dan kekufuran
ke dalam akidah Islam
tidak dibendung, nescaya
umat Islam akan menemui
kehancuran. Setiap umat
Islam mestilah
berwaspada terhadap
orang munafik yang
berada di tengah-tengah
mereka. Tanda munafik
mudah dikenal melalui
keengganan mereka
berjuang pada jalan Allah
s.w.t.
Dan supaya dibuktikan-
Nya pula keadaan orang-
orang munafik. Dikatakan
kepada mereka:“Marilah
berperang pada jalan
Allah atau
pertahankanlah.” Mereka
menjawab, “Kalau kami
tahu berperang nescaya
kami ikut kamu
(berperang).” Mereka itu
pada hari tersebut lebih
hampir kepada kufur
daripada kepada iman.
Mereka berkata dengan
mulut mereka apa yang
tidak ada dalam hati
mereka. Dan Allah lebih
Mengetahui apa-apa yang
mereka sembunyikan.
(Adalah) mereka yang
berkata kepada saudara-
saudara mereka sambil
mundur, “Kalau mereka
ikut kami tentu mereka
tidak terbunuh.”
Katakanlah: “Kalau begitu
tolakkanlah kematian
daripada kamu jika
memang kamu orang yang
benar.” ( Ayat 167 – 168 :
Surah a-Li ‘Imraan )
Kemunafikan lebih ketara
melalui amalan yang
mereka lakukan sambil
lewa sahaja, semata-mata
sebagai pameran.
Orang munafik menipu
Allah dan Allah pun
(balas) menipu mereka.
Dan apabila mereka
berdiri kepada
sembahyang mereka
berdiri dalam keadaan
malas. Mereka menunjuk-
nunjuk kepada manusia
dan tidaklah mereka
mengingati Allah kecuali
sedikit. Keadaan mereka
terumbang ambing di
antara yang demikian itu,
tidak kepada mereka itu,
tidak kepada mereka ini;
kerana barangsiapa
disesatkan oleh Allah
maka tidak akan engkau
dapat satu jalan
(keselamatan) baginya.
( Ayat 142 – 143 : Surah
an-Nisaa’ )
Tuhan memberi amaran
yang keras kepada orang
munafik:
Sesungguhnya jika tidak
berhenti juga orang
munafik itu dan orang
yang dalam hatinya ada
penyakit dan pengacau-
pengacau di Madinah,
nescaya Kami akan
kerahkan engkau
terhadap mereka.
Kemudian itu tidaklah
mereka akan bertetangga
lagi dengan engkau di situ
kecuali bagi masa yang
singkat. Mereka di dalam
keadaan terkutuk di mana
sahaja mereka dijumpai
dan mereka akan dibunuh
sampai semusnah-
musnahnya. Sunah Allah
yang telah berlaku pada
orang-orang yang
terdahulu. Dan sekali-kali
tidak akan didapati bagi
Sunnatullah itu satu
pengganti. ( Ayat 60 –62 :
Surah al-Ahzaab )
Al-Quran telah memberi
gambaran yang jelas
tentang orang munafik.
Rasulullah s.a.w dan kaum
Muslimin mengenali puak
munafik yang ada di
dalam masyarakat
mereka. Mereka dapat
menunjukkan dengan
jelas bahawa Abdullah bin
Ubai adalah pemimpin
puak munafik. Keterangan
yang telah diberikan oleh
al-Quran memberi
manfaat bagi kaum
Muslimin dalam
mengawasi pergerakan
puak munafik agar
perpaduan, keselamatan
dan kesejahteraan kaum
Muslimin dapat dipelihara.
Umat Islam yang datang
kemudian mestilah
memerhatikan petunjuk
daripada al-Quran bagi
mengenali musuh-musuh
mereka.
Abdullah bin Ubai telah
pun mati. Markas puak
munafik, sebuah masjid
yang dibina di Zu Awan,
sudah pun dibakar oleh
kaum Muslimin pada
zaman Rasulullah s.a.w.
Tetapi kaum Muslimin
perlu berwaspada kerana
racun munafik masih
berjalan hingga ke hari
ini.
Puak munafik terdiri
daripada orang-orang
yang sangat licik. Mereka
hidup bersama-sama
orang Islam, mengaku
sebagai orang Islam dan
melibatkan diri dalam
kegiatan kaum Muslimin,
malah mereka merasakan
yang mereka lebih Islam
daripada orang-orang
Islam yang lain. Memang
sukar untuk mengenali
hati yang munafik,
sedangkan mulutnya
mengucapkan dua
Kalimah Syahadah dan
anggotanya melakukan
ibadat bersama-sama
kaum Muslimin yang lain.
Orang munafik bergerak
di dalam masyarakat
orang Islam, sebagai
orang Islam dan
menggunakan ajaran
Islam. Orang munafik
melakukan apa yang
sudah dibuat oleh kaum
Yahudi dan Nasrani, iaitu
mengubah maksud kitab
Allah dan meminda syariat
Islam. Mereka
mengadakan tafsiran al-
Quran menurut cara
mereka sendiri. Puak
munafik adalah ilmuan
yang mengeluarkan al-
Quran tiruan dan Hadis
palsu, terutamanya dalam
soal yang bersangkutan
dengan akidah dan
kebatinan. Daripada puak
yang demikianlah muncul
istilah kebudayaan Islam
yang ditampalkan kepada
kegiatan maksiat yang
berlawanan dengan
syariat Tuhan. Lahir pula
persatuan Islam pada
nama tetapi bergiat
memecah-belahkan
perpaduan umat Islam.
Ada pula istilah seni bina
Islam diletakkan pada
bangunan yang digunakan
sebagai sarang perjudian
dan pelacuran. Lebih
buruk lagi timbul akidah
syirik yang dikatakan
sebagai akidah Islam yang
sebenarnya. Racun yang
dikeluarkan oleh Abdullah
bin Ubai dan kawan-
kawannya sudah meresap
ke dalam darah daging
umat Islam di seluruh
dunia pada masa kini.
Hanya bimbingan
daripada Allah s.w.t dapat
menyelamatkan umat
Islam daripada fitnah
puak munafik itu.
Orang munafik tidak
mempunyai kepercayaan
dan pegangan yang jelas.
Mereka sendiri tidak pasti
apakah yang mereka
pegang dan imankan.
Mereka bergerak
berlandaskan kepercayaan
dan pegangan orang lain
dengan mengadakan
perubahan kepada yang
asli, tetapi mereka tetap
menggunakan label yang
asli, seperti lembu yang
mati di tepi jalan
diletakkan label halal.
Orang munafik bergerak
di dalam masyarakat
orang Islam, bercakap
pasal Islam, tetapi apa
yang mereka bawa adalah
perkara yang sudah
diselewengkan. Orang
yang berilmu dapat
melihat penyelewengan
tersebut tetapi orang jahil
akan keliru kerana si
munafik bercakap tentang
Allah s.w.t dan agama
Islam. Lebih-lebih lagi si
munafik itu pandai
menggunakan hujah
keagamaan, terutamanya
secara usul yang tidak ada
kesudahan. Mereka suka
menggunakan cara
berteka teki yang sukar
dimengerti. Lebih
mengelirukan lagi apabila
si munafik berhujah
dengan menyandarkan
kepada Hadis Nabi s.a.w,
perkataan sahabat dan
wali-wali yang mereka
gubah sendiri, yang tidak
diketahui oleh orang jahil.
Si munafik boleh
bersumpah bohong
dengan menggunakan
nama Allah bagi
memerangkap orang yang
jahil. Orang Islam yang
jahil mudah terperangkap
dengan ajaran sesat orang
munafik. Kegiatan orang
munafik menjadi lebih
mudah setelah berlaku
proses asimilasi agama-
agama lain seperti
Buddha, Hindu dan
Keristian ke dalam agama
Islam.
Setiap kaum Muslimin
yang insaf berkewajipan
menyelak setiap
hamparan dan
membongkar setiap
tutupan bagi mencari
racun munafik yang
bersembunyi di dalam
kalangan umat Islam.
Racun tersebut mestilah
dikeluarkan. Inilah jihad
kaum Muslimin zaman ini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan